Nota

 

Solid Geometri

Pepejal dan Isipadu II      

Nota

Rumus Isipadu Pepejal

PEPEJAL
RUMUS
RAJAH
KUBUS Isipadu = plt   di mana p = l = t

Contoh:- sisi = 2cm
Isipadu = 2 X 2 X 2 = 8 cm3
 
KUBOID I = plt  di mana p = panjang,
l = lebar dan t = tinggi
Contoh;- p= 3, l= 2, t = 1
I = 3 X 2 X 1 = 6 cm3

 
KON  
 
SILINDER Isipadu
= luas keratan rentas x tinggi
= π j² X t
 
SFERA  
 
PRISMA Isipadu
= luas keratan rentas x panjang
 
PIRAMID  
 

Silinder 

ISIPADU SILINDER TEGAK 

Silinder tegak ialah pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk bulatan serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung.
Sifat-sifat Silinder Tegak
 i. Keratan rentas adalah seragam dan berbentuk bulatan.
 ii. Mempunyai satu permukaan melengkung dan dua muka hujung yang berbentuk bulatan.
 iii. Paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung.

RUMUS UNTUK ISIPADU SILINDER TEGAK
Isipadu = Luas keratan rentas X tinggi
 
ATAU
Isipadu = πj2t


Kon Membulat Tegak dan Sfera

 

Kon Membulat Tegak

1.
Kon tegak membulat merupakan pepejal dalam bentuk piramid tegak tetapi tapaknya merupakan bulatan. Kon ini mempunyai satu permukaan condong.
2.
Ciri-ciri kon tegak membulat:
 
Tapaknya mengufuk dan mempunyai satu permukaan condong yang melengkung.
 
Tapaknya berbentuk bulatan.
 
Tinggi kon adalah jarak dari mercu ke pusat tapak.
 
Rumus bagi isipadu kon membulat tegak:

 

Sfera

1.
Sfera adalah pepejal yang semua titik pada permukaannya adalah sama jarak dari suatu titik tetap. Titik tetap itu dikenali sebagai pusat sfera.
2.
Rumus bagi isipadu sfera:
3.
Hemisfera ialah separuh daripada sfera.

Rujukan Tambahan
http://pengenalanpepejal.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment